Monday, October 20, 2014

Dari Beirut ke Jurusalem

3403757


Buku terbaik untuk merasai suasana sebenar peristiwa besar Shabra Shatilla
dari sudut manusiawi 




dan sebagai salah seorang staff perubatan,
terasa meronta-ronta untuk turut sama berada di sana



shabra shatilla
yang menumbuh pucuk intifada
hingga ke halaman jurusalem
adalah benih-benih kemenangan 
yang sedang menyubur dalam senyap
di taman-taman manusia
yang percayakan janji Tuhan



** apalah sangat derita kita dibanding mereka.
Astagfirullah... Astagfirullah... 


Monday, October 6, 2014

Bertamu di Dar Baraka



Dar Baraka



" Akhirnya yang condong tetap condong
pada aturan Tuhan dan yang sombong tetap sombong
mati menghadap Tuhan "

(Condongnya Pisa)



.
.
.
.
.
.
.
.
.

bila berkelana dengan sepatu seorang hamba
melihat dengan kaca mata seorang pencinta
dan bertadabbur bersama hati yang merindui Esa


maka bumi ini adalah bait-bait kita
yang melagukan syukur ke syurga


tahniah untuk kalian yang mampu bersuara 
=)


Rahsia Istighfar




sekotak mutiara :





pasrah itu umpama air yang mengalir di sungai

sentiasa dari hulu ke hilir
tidak pernah ada yang terbalik alir

jika ada batuan besar di tengahnya
yang tidak mampu ia hanyutkan ke muara

tetap air mengalir di celah-celah batuan itu
tanda pasrah pada takdir tuhan yang satu

pasrah bukan lemah
tapipasrah adalah berserah

walau apa juga dugaan,
Allah tetap akan ada utuk membantu





** astaghfirullah.... astaghfirullah.... astaghfirullah....

** Rupanya istighfar itu mampu menjadi kunci kejayaan kita. Rupanya istighfar itu kalau kena gaya dan amalannya, sangat hebat di sisi Allah. Rupanya selama ini kita tak tahu istighfar itu kaya dengan rahsia yang luar biasa.

** keinginan tertinggi manusia adalah keampunan Allah dan kejayaan di dunia akhirat. Cukup sebenarnya. Pasti yang lainnya akan tersedia. 




Tuesday, September 3, 2013

Kambing Hitam Di Negara Orang


Girl in Translation

Ternampak dan tertarik dengan judul buku ketika bertandang di Kedai Popular di Festival City, Gombak pada bulan lepas. Baca sinopsis sikit di kulit belakang dan terus menuju ke kaunter pembayaran. Pertama kali membeli buku sebelum membacanya reviu nya terlebih dahulu melalui laman Goodreads.

"Mengisahkan tentang suka duka seorang anak gadis yang bernama Kim  kelahiran Hong Kong bersama ibunya, Ma yang telah berhijrah ke negara Amerika. Mereka ingin memulakan hidup baru seluruhnya di sana . Kim telah kehilangan bapanya, Pa ketika Kim dalam pengajian sekolah rendah.

Dengan bantuan ibu saudaranya Aunt Paula, mereka telah ditempatkan di sebuah pangsapuri yang dalam keadaan amat teruk kondisinya. Bagi menanggung kos kehidupan yang tinggi di Amerika, Kim dan ibunya tiada pilihan melainkan bekerja di sebuah kilang pakaian berdekatan dengan Chinatown.

Kim tiada asas dalam berbahasa Inggeris. Akan tetapi, dia bijak dalam subjek Sains dan Matematik semasa di Hong Kong. Berkat kesabaran dan azam yang kuat untuk mengubah nasib hidup, Kim berjaya menjadi seorang yang berpengaruh di Brooklyn. "

i love the beginning. sampai tak boleh terlepas dari membacanya setiap malam sebelum masuk tidur. but sadly, i was quite disappointed with the ending. Maybe i put so much expectations on it.
Fine, lessons learnt

Yang paling mengharukan ketika membaca Girl in Translation adalah tentang persahabatan antara Kim dan gadis Amerika yang bernama Annette.

maka, hanya tiga bintang :)

now currently reading




Thursday, March 14, 2013

Untukmu Wanita



 "sebahagian daripada tanda kebahagiaan anak Adam adalah
 memperolehi wanita solehah (isteri dan anak) "

Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168



=============

Banyak orang di kalangan kita, yang merasakan kita sudah cukup baik, dan mungkin sekali menganggap diri sendiri sudah sempurna.

tetapi hakikat nya adalah yang sebaliknya.

banyak di kalangan kita yang seperti sudah berpengetahuan luas dalam hukum hakam agama, 
tetapi yang terjadi adalah di sebaliknya

Buku 'Untukmu Wanita' benar-benar telah membuka mata penglihatan
serta mengetuk mata hati.

Harus dimiliki,
khususnya para wanita :)



Friday, March 1, 2013

Trilogi Negeri 5 Menara (N5M)



Salam.

Buku ketiga trilogi Negeri 5 Menara akhirnya akan diterbitkan pada bulan April tahun ini.

Tidak akan dilupakan perasaan membaca buku pertama karya A.Fuadi dua tahun yang lepas.
Ada masa tersenyum, ada masa menangis. Bercampur baur.

Bagaimana diceritakan tentang susah payah seorang anak muda bernama Aliff Fikri (Aliff Fikri = A. Fuadi?) dan teman-temannya dalam menuntut ilmu.

Negeri 5 Menara yang banyak berlatar belakangkan keadaan pendidikan pondok di Indonesia
Ranah 3 Warna yang berkisarkan tentang pengalamannya di negeri Kanada.
Rantau 1 Muara? Mungkin tentang Amerika Syarikat?

:)




.

Friday, July 27, 2012

High Class


2 bulan balik Malaysia, setiap kali nampak buku ni di kedai selalu sangat segan nak ambil. Malu. Rasa macam belum layak belum pegang buku-buku bab cinta.

Tapi demi Ramadhan dan demi seorang sahabat yang sangat teringinkan buku ini dijadikan hadiah untuk dia, maka saya gagahkan diri untuk membelinya. Kawan dah pesan, sebelum kasi dia kena baca dulu. Jadi, kita pun baca.

2 hari...

2 hari saya habiskan untuk meneliti satu persatu pengajaran yang ada dalam buku ini. 2 hari ini juga saya terasa macam kena koreksi apa yang pernah saya lakukan dan apa yang hampir-hampir saya terjebak dengan ujian dunia di luar yang berkaitan.

Allah....~

Syukur alhamdulillah sebab terbaca juga. Banyak sangat persoalan lalu yang selama ni bermain di fikiran terjawab di sini. Dan seinfiniti terima kasih ditunjukkan jalan keluar dari kembali melakukan kesilapan yang sama melalui buku ini.

Buat yang masih mentah dengan dunia macam saya, mungkin buku ini boleh jadi salah satu rujukan anda. Kelihatannya macam sangat perfect, tapi tak apa lah kita pun memang sentiasa kena cuba yang terbaik kan untuk jadi perfect. It's the thought that counts.

Yang paling penting, kena sentiasa jadikan cinta kita pada Allah melebihi cinta kita kepada apa sekali pun... Itu yang paling utama~


 

Template by Blogger Candy