Showing posts with label kedai buku. Show all posts
Showing posts with label kedai buku. Show all posts

Friday, April 27, 2012

Gian


Peperiksaan akhir tahun lima semakin hampir. Semua orang sedang mempersiapkan diri masing-masing untuk menghadapi peperiksaan Pediatrics dan Obstetrics & Gynaecology tahun ini. Sebab semua nak lepas tahun lima dan melangkah ke tahun akhir dengan penuh bergaya. Mudah-mudahan.

Namun, saya tetap mahu meluangkan masa untuk membaca buku selain buku pelajaran. Lagi-lagi sebelum datang minggu2 stres nanti. Maka semalam sempat 'lari' sekejap ke pekan El Maadi yang terletak tidak jauh dari ibukota Kaherah. Naik saja tren Metro menuju ke Helwan. Turun di stesen El Maadi, jalan sepuluh minit dan sampai lah ke kedai-kedai buku seperti Alef Bookstroe dan The Bookspot yang berkedudukan tidak jauh di antara satu sama yang lain.

Dan selepas keluar dari The Bookspot, tersenyum-senyum sendiri pabila mendapati saya siap membeli dua buah buku ini

1. Three Cups Of Tea - Greg Mortenson
2 Lone Wolf - Jodi Picoult


n im currently-reading

1 The Leaving of Liverpool - Maureen Lee
2. Norwegian Wood - Haruki Murakami (Kindle Version)
3. The Pocket Therapist - Therese Borchard
4. Hafalan Shalat Delisa - Tere Liye (Digibook Version)

Buku The Leaving of Liverpool itu adalah milik adik ipar saya sebenarnya. Katanya dia beli buku tu sebab ada perkataan Liverpool. Kerana dia dilahirkan di sana :)

Norwegian Wood yang baru sangat saya mula membacanya. Biasa lah kan mula-mula ni boring sikit. Belum dapat feel sangat lagi dan tak masuk lagi style pakcik Murakami ni :)

The Pocket Therapist. Nah. Buku ni sudah setahun saya memilikinya. Dan sampai sekarang tak habis-habis lagi baca.

dan akhirnya HSD yang telah ditinggalkan beberapa minggu dek kesibukan (terlupa pun ada) dan kesihatan mata yang tidak begitu memuaskan dua minggu ini (tk boleh tengok laptop lama2) . Nanti bila mata dah sihat, boleh kita balun baca banyak-banyak dan habiskan terus. Insya Allah :)

Dan suka untuk saya kongsi di sini. kata-kata semangat. Dari seorang kakak

"baca quran untuk kekuatan jiwa dan pengajaran hidup, baca buku omputih tambahkan tsaqafah, kuasai bahasa dan tingkatkan intelek. quran dah tak pisah dari kehidupan, novel rencah tambahan :) "

*nangis terharu*


ok. Mari bersiap untuk berkelah!

till then,
Fathiyyah







Wednesday, November 2, 2011

Need a marvellous bookshop in Amman?


Assalamualaikum.
Salam Rabu semua~

Kali ini entry simple.

Sekadar mahu memperkenalkan Kedai Buku Readers - bookshop favourite saya di Jordan.



Terletak di dalam Cozmo Mall, Amman, Readers Bookshop bagi saya agak berbeza dengan kedai-kedai buku yang lain di Jordan seperti Virgin, City Mall atau Prime Bookstore, Baraka Mall ataupun Megastore, Mecca Mall.


 11 Reasons Why I Love Readers :

1. Sangat menyerupai perpustakaan
(tak campur barang lain kecuali buku dan barang berkaitan)

2. Decoration Dinding penuh dengan galakan membaca

3. Children Area - children-friendly surrounding
 (centre dia luas untuk kanak-kanak main  sambil membaca)
4. Sangat cozy.
Lagu-lagu dia pasang pun tak memeningkan untuk dengar sambil membaca
5. Division yang sangat tersusun

Kalau malas cari pun, boleh rujuk kaunter. Diaorang tolong carikan terus dan ambilkan sekali. Bagus kan?

Plus, English Section : Arab Section = 3 : 1 macamnya.. 

6. Ada tempat duduk formal lagi dengan meja untuk membaca


nak lagi santai?
7. Ada kusyen disediakan untuk melepak sambil baca

tapi saya lagi suka begini..
8. My private place~

Tenang. Lapang. Senang


9. Duduklah baca sampai habis sebuku pun diaorang tak kisah.

Isnin lepas, saya habis baca buku ini di sana. Takyah beli dah. 

10. Tapi kalau beli, satu buku dapat satu penanda free.
Banyak buku? Lagi lah banyak free~

 11. Foreigner spot

Saya terperasan kebanyakan yang datang sini mostly Arab speaking English dan foreigner. .


Dan ada antara mereka yang saya sempat b'kenalan dan berkawan. Menarik~


Doesn't this place feel like home?
 or at least macam kedai buku dekat Malaysia? )


=D

Sebab itu setiap kali rasa macam perlukan satu tempat untuk melepas perasaan atau sendirian, ruangan private tadi adalah tempat yang terbaik untuk menenggelamkan diri sendiri. Anehnya, petugas-petugas situ macam tahu pulak. Tak pernah saya dikacau sepanjang duduk di situ. Memang sangat best lah!

Saya kurang pasti kenapa Malaysian jarang ke Readers. Mungkin sebab dia terletak di Cozmo Mall yang jarang orang datang. Iyelah, dia takde lah se-grand City Mall. Dah la takde surau dan food court best macam Mecca Mall. Apatah lagi mempunyai cinema macam Baraka Mall. Kalah habislah~

Tapi bagi saya, setiap kali datang Amman, Cozmo Mall wajib pergi. Readers di Hati.  =D

Oh ya, Readers sebenarnya ada banyak promotion. Tapi dia bergantung ikut hari. Saya lupa pulak hari apa. Sebab saya prefer pakai kad sahaja. Susahlah nak datang ikut hari. Tapi kalau ada Card Cozmo, time birthday ada diskaun sampai 15-20%. Wow2. Kadang-kadang diaorang ada buat program 'bertemu penulis' lagi. Cool~

Satu lagi, antara motto terbesar Readers Bookshop Amman adalah


Nak baca testimonial orang lain tentang Readers ? ----> Another review of Readers

Ok, Cukup setakat ini promosi saya. 

Kepada semua kaki buku di Jordan, jemput singgah tengok-tengok. Insyallah mesti puas hati.....
Cara nak pergi :
1. Naik teksi - kasitau nak ke Cozmo Mall (setakat ni semua driver tahu Cozmo Mall kat mana)
2. Bila dah sampai Cozmo Mall kalau lalu pintu utama dia, kena masuk dalam-dalam sikit mall tu. Dia sebelah area perfume shop.
3. Kalau lalu masuk ikut parking lot, betul2 sebelah pintu masuk
4. Kalau tak jumpa, cara terakhir : tanya je pekerja Cozmo Mall. Semua tahu. Insyallah~

- COPY & PASTE from Auriss Haira : 11 reasons why I Love Readers Bookshop, Amman
 

Template by Blogger Candy