Showing posts with label buku fathiyyah. Show all posts
Showing posts with label buku fathiyyah. Show all posts

Tuesday, September 3, 2013

Kambing Hitam Di Negara Orang


Girl in Translation

Ternampak dan tertarik dengan judul buku ketika bertandang di Kedai Popular di Festival City, Gombak pada bulan lepas. Baca sinopsis sikit di kulit belakang dan terus menuju ke kaunter pembayaran. Pertama kali membeli buku sebelum membacanya reviu nya terlebih dahulu melalui laman Goodreads.

"Mengisahkan tentang suka duka seorang anak gadis yang bernama Kim  kelahiran Hong Kong bersama ibunya, Ma yang telah berhijrah ke negara Amerika. Mereka ingin memulakan hidup baru seluruhnya di sana . Kim telah kehilangan bapanya, Pa ketika Kim dalam pengajian sekolah rendah.

Dengan bantuan ibu saudaranya Aunt Paula, mereka telah ditempatkan di sebuah pangsapuri yang dalam keadaan amat teruk kondisinya. Bagi menanggung kos kehidupan yang tinggi di Amerika, Kim dan ibunya tiada pilihan melainkan bekerja di sebuah kilang pakaian berdekatan dengan Chinatown.

Kim tiada asas dalam berbahasa Inggeris. Akan tetapi, dia bijak dalam subjek Sains dan Matematik semasa di Hong Kong. Berkat kesabaran dan azam yang kuat untuk mengubah nasib hidup, Kim berjaya menjadi seorang yang berpengaruh di Brooklyn. "

i love the beginning. sampai tak boleh terlepas dari membacanya setiap malam sebelum masuk tidur. but sadly, i was quite disappointed with the ending. Maybe i put so much expectations on it.
Fine, lessons learnt

Yang paling mengharukan ketika membaca Girl in Translation adalah tentang persahabatan antara Kim dan gadis Amerika yang bernama Annette.

maka, hanya tiga bintang :)

now currently reading




Friday, March 1, 2013

Trilogi Negeri 5 Menara (N5M)



Salam.

Buku ketiga trilogi Negeri 5 Menara akhirnya akan diterbitkan pada bulan April tahun ini.

Tidak akan dilupakan perasaan membaca buku pertama karya A.Fuadi dua tahun yang lepas.
Ada masa tersenyum, ada masa menangis. Bercampur baur.

Bagaimana diceritakan tentang susah payah seorang anak muda bernama Aliff Fikri (Aliff Fikri = A. Fuadi?) dan teman-temannya dalam menuntut ilmu.

Negeri 5 Menara yang banyak berlatar belakangkan keadaan pendidikan pondok di Indonesia
Ranah 3 Warna yang berkisarkan tentang pengalamannya di negeri Kanada.
Rantau 1 Muara? Mungkin tentang Amerika Syarikat?

:)




.

Friday, April 27, 2012

Gian


Peperiksaan akhir tahun lima semakin hampir. Semua orang sedang mempersiapkan diri masing-masing untuk menghadapi peperiksaan Pediatrics dan Obstetrics & Gynaecology tahun ini. Sebab semua nak lepas tahun lima dan melangkah ke tahun akhir dengan penuh bergaya. Mudah-mudahan.

Namun, saya tetap mahu meluangkan masa untuk membaca buku selain buku pelajaran. Lagi-lagi sebelum datang minggu2 stres nanti. Maka semalam sempat 'lari' sekejap ke pekan El Maadi yang terletak tidak jauh dari ibukota Kaherah. Naik saja tren Metro menuju ke Helwan. Turun di stesen El Maadi, jalan sepuluh minit dan sampai lah ke kedai-kedai buku seperti Alef Bookstroe dan The Bookspot yang berkedudukan tidak jauh di antara satu sama yang lain.

Dan selepas keluar dari The Bookspot, tersenyum-senyum sendiri pabila mendapati saya siap membeli dua buah buku ini

1. Three Cups Of Tea - Greg Mortenson
2 Lone Wolf - Jodi Picoult


n im currently-reading

1 The Leaving of Liverpool - Maureen Lee
2. Norwegian Wood - Haruki Murakami (Kindle Version)
3. The Pocket Therapist - Therese Borchard
4. Hafalan Shalat Delisa - Tere Liye (Digibook Version)

Buku The Leaving of Liverpool itu adalah milik adik ipar saya sebenarnya. Katanya dia beli buku tu sebab ada perkataan Liverpool. Kerana dia dilahirkan di sana :)

Norwegian Wood yang baru sangat saya mula membacanya. Biasa lah kan mula-mula ni boring sikit. Belum dapat feel sangat lagi dan tak masuk lagi style pakcik Murakami ni :)

The Pocket Therapist. Nah. Buku ni sudah setahun saya memilikinya. Dan sampai sekarang tak habis-habis lagi baca.

dan akhirnya HSD yang telah ditinggalkan beberapa minggu dek kesibukan (terlupa pun ada) dan kesihatan mata yang tidak begitu memuaskan dua minggu ini (tk boleh tengok laptop lama2) . Nanti bila mata dah sihat, boleh kita balun baca banyak-banyak dan habiskan terus. Insya Allah :)

Dan suka untuk saya kongsi di sini. kata-kata semangat. Dari seorang kakak

"baca quran untuk kekuatan jiwa dan pengajaran hidup, baca buku omputih tambahkan tsaqafah, kuasai bahasa dan tingkatkan intelek. quran dah tak pisah dari kehidupan, novel rencah tambahan :) "

*nangis terharu*


ok. Mari bersiap untuk berkelah!

till then,
Fathiyyah







Thursday, February 2, 2012

Winter Break


Bismillah 

 Waktu peperiksaan Pediatrics hari tu, hati punyalah meronta-ronta minta nak baca buku selain medik.
Habis je periksa, memang tenggelam dengan buku-buku buat seketika, sampailah tiba saat untuk naik kapal terbang ke malaysia. Maka, Dalam Dekapan Ukhuwah(DDU) yang dipinjam dari Milah telah dikhatamkan dan dihadamkan. Sebak dan sesak dada baca kisah teladan dari para sahabt dari DDU itu. Hu

Sekarang, sedang di fasa cuti bersempena winter break. Maka, haruslah ia dimanfaatkan sepenuhnya.
Target cuti dua minggu ini tidak lah sedahsyat mana. Hanya lima buah buku ini sahaja. Kita cuba, capai target atau tidak kita tunggu dan lihat saja :)

  1. Rindu Bau Pohon Tin  - Ustaz Hasrizal  (currently reading)
  2. Negeri 5 Menara - A.Fuadi (currently reading)
  3. I was Jane Austen's Bestfriend - Cora Harrison
  4. The Particular Sadness of Lemon Cake - Aimie Bender 
  5. Isabella -

Tapi sekarang rasa 'tergoda' dengan Hafalan Shalat Delisa (HSD). Lagi-lagi filemnya sudah dimuat naik di saluran youtube. Namun harus ditahan buat seketika.. Digibook HSD ada je di desktop ni. Tinggal cari masa nak baca sahaja :)


Till then,
take care people!





Thursday, January 12, 2012

Warna Warni Lasykar Pelangi


Lasykar Pelangi ini saya pinjam dari adik ipar saya sewaktu cuti musim panas yang lalu. Setelah mendapati begitu banyak komentar yang positif tentangnya melalui laman web goodreads, maka saya berkeputusan untuk membawanya pulang ke Kaherah.

Dua bulan saya bersusah payah menghabiskan novel dari negara seberang ini setelah dihimpit dengan komitmen dalam pelajaran yang begitu menyesakkan. Nah, itu semua hanya alasan. Kalau betul-betul ada disiplin, setengah jam sehari membaca buku selain medik pun dah banyak boleh dapat sebenarnya :)

Kegigihan dan kecintaan yang sangat tinggi dalam menuntut ilmu. Itu yang saya pelajari dari Lasykar Pelangi.
Lasykar atau Laskar itu maksudnya pasukan atau tentera dalam bahasa Indonesia. Manakala Lasykar Pelangi ini adalah nama gelaran yang diberikan kepada mereka. Sekumpulan anak-anak pelangi dengan masing-masing datang dari latarbelakang keluarga yang berbeza. Berbeza dari segi ujian hidupnya.

Mengisahkan sekawan atau sekumpulan budak-budak kampung di Pulau Belitong yang begitu gigih menuntut ilmu. Di awal-awal bab lagi sudah terharu  apabila Sekolah agama Muhammadiyah hanya boleh dibuka dan dibenarkan untuk terus 'hidup' jika dihadiri seramai sepuluh orang pelajar pada hari pertama persekolahan.

Selain Ikal sebagai narator, saya begitu terkesan dengan watak Lintang, seorang anak kecil dari pesisir pantai , yang berbasikal serta berkaki ayam setiap hari demi menghadiri satu hari yang paling bermakna dalam hidupnya iaitu hari di sekolah, hari untuk dihabiskan bersama teman-temannya.

Ilmu bagi Lintang adalah segala-galanya. Lintang juga digambarkan oleh penulis sebagai manusia paling genius dalam sepanjang hidupnya. Keluarga miskin, adik-beradik yang ramai, ayah hanya sebagai nelayan, namun Lintang adalah seorang yang sentiasa optimis dalam apa jua.

Membaca sambil cuba membayangkan  kehidupan Lintang membuatkan saya insaf dan bersyukur dengan apa yang dimiliki sekarang. Hidup saya dan Lintang adalah seperti langit dan bumi yang jauh lebih senang dan selesa.

Juga malu amat dengan kecintaan Lintang sebegitu rupa terhadap ilmu yang baru diterokainya setiap hari. Sepatutnya saya  lebih teruja dengan ilmu yang diperoleh setiap hari. Kerana ilmu yang sedang dituntut ini adalah ilmu perihal manusia. Manusia yang sebaik-baik kejadian.

Begitu juga dengan sembilan  watak utama  lain seperti Mahar, Ah Kiong, Sahara,  Harun  dan yang lain telah mewarnakan 'dunia' saya dengan gelak tawa dan sering membuat saya senyum sampai ke telinga.

Tidak lupa juga Pak Harfan dan Bu Mus. Mereka adalah para pejuang yang sebenar dalam mendidik anak bangsa mereka sehingga ke menara gading. Setiap hari mereka tidak putus-putus meniupkan semangat kepada anak-anak kampung ini agar tidak mudah berputus asa walaupun mereka semua ratanya berasal dari keluarga yang miskin, yang sering disindir dan diketawakan.

Penulis Andrea Hirata benar-benar telah memaknakan salah satu bingkai kehidupan kisah-kisah lampau hidup beliau. Saya pasti kisah-kisah di dalam Lasykar Pelangi ini adalah kisah-kisah benar yang berlaku dalam hidup beliau.

Lasykar Pelangi adalah buku terakhir yang dibaca oleh saya pada tahun lepas. Kiranya, ia adalah penutup yang terindah buat saya di tahun 2011.

Oleh kerana Lasykar Pelangi begitu menghiburkan, sarat dengan pelajaran dan telah membuktikan the magic of childhood memories , nah saya hadiahkan empat bintang!





p.s: Saya belum sempat untuk menonton filem Laskar Pelangi. Tapi bagi saya, membaca novel atau buku itu lebih puas dan berbaloi berbanding menonton filemnya.


Monday, December 12, 2011

Hafalan Shalat Delisa


"Semoga Allah memberikan kesempatan kepada kita
untuk merasakan hakikatNya
Semoga Allah sungguh memberikan kesempatan kepada kita
untuk memandang wajahNya.
Wajah yang akan membuat semua cinta dunia layu
bagai kecambah yang tidak pernah tumbuh.
Layu bagai api yang tidak pernah panas membakar
Layu bagai sebongkai es yang tidak membeku "

===========


Haruslah mendapatkannya di pasaran.

'Ombak rindu' versi Indonesia 

Subhanallah 

:)

Monday, December 5, 2011

For One More Day




"There's a story behind everything .
How a picture got on the wall.
How a scar on your face.
Sometimes, the stories are simple and sometimes they are hard and heartbreaking.

But behind all your stories is always your mother's story,

because hers is where yours begins"

=================

Baca setiap huruf, perkataan, ayat
baris demi baris
Perenggan demi perenggan 
mukasurat pertama sampai habis
kulit ke kulit,
memang teringat sangat sama emak 

Di antara bahagian yang paling saya suka dalam novel ini adalah
'Times my mother stood up for me' dan juga 'Times i did not stood up for my mother'

Ternyata bila baca keduanya, terkenang terus kepada segala pengorbanan seorang insan yang bernama emak, demi kebahagiaan dan kesejahteraan insan yang paling dikasihinya yang bernama anak. 

Memang banyak refleks kepada diri sendiri, betapa segala kejayaan saya selama ini, hanyalah sepicis dua dan tak ada apa sangat kalau nak dibandingkan pengorbanan emak saya yang tiada tara bandingannya sepanjang melahirkan dan membesarkan saya selama hampir 22 tahun.

Saya selalu terfikir, apakah suatu hari nanti saya mampu menjadi seorang anak yang solehah ketika kedua orang tua saya sudah meningkat umur dan dimamah usia. Kerana  setiap kali tingkatan dalam kehidupan, kita pasti diuji, Baik Ujian dalam bekerjaya, ujian berkeluarga sendiri, dan lain-lain. 

Dan bila sampai satu tahap, apakah kita masih lagi teguh dengan tugas dan tanggungjawab kita sebagai seorang anak. Mudah-mudahan. Kerana kekuatan untuk menghadapi apa jua di masa akan datang perlulah dibina dari sekarang.

For One More Day adalah novel kedua yang telah saya baca selepas Tuesdays with Morrie . Sebenarnya saya baru sahaja menamatkan pembacaannya tadi, sewaktu menemani Nusaibah di hospital.
Hasil hati dan fikiran sang penulis yang bernama Mitch Albom, ternyata tidak mengecewakan


 4 bintang 

:) 


Sunday, November 6, 2011

Cuti Seminggu



Cuti seminggu memang sangat best andai diisi dengan membaca buku-buku kesukaan, buku yang dihadiahkan oleh orang dan buku yang kita banyak beli di kedai-kedai buku.

Saya juga seperti Ainul. Banyak sangat dah koleksi buku ni. Tak masuk lagi berpuluh2 buku yang lain yang berjaya di download dan disimpan dalam Kindle





Kita tunggu dan lihat bagaimana cuti ni. Tak boleh nak target tinggi sangat. Habis cuti je terus kena berhadapan peperiksaan MCQ internal medicine. Sengaja amik gamba sekali dengan buku-buku perubatan Davidson saya. Jeles lagi dengan Ainul. Boleh dia baca buku banyak-banyak cuti ni. Sudah lah cuti dua minggu lebih (maka ainul, jangan lupa updet2 sini. aci la kan? :D)

Sasaran sebelum habis tahun ini adalah menamatkan pembacaan untuk sembilan buah buku. (Sejak Jun yang lalu, saya menyasarkan untuk membaca 20 buah buku sehingga akhir tahun. Sekarang saya sudah berada dalam buku ke 12 :) )

Cerita Kindle nanti-nanti saya kongsikan. Tentang Room pun saya belum tulis lagi. Hu hu

Saya sebenarnya cemburu dengan Ainul, sebab dekat Jordan ada kedai buku yang marvellous macam tu.


Nota bawah sekali 

 Salam menyambut Eidul Adha buat pembaca yang singgah di sini dari Ainul dan Fathiyyah :)



Monday, October 24, 2011

Bilik



Setelah 2 bulan berhempas pulas untuk menghabiskan, akhirnya tamat membacanya (via kindle)

Membaca buku ini mengingatkan saya tentang kisah si ayah Josef Fritzl yang merogol anak perempuannya sehingga memiliki tujuh orang anak di Austria beberapa tahun yang lepas.

Reviu nya nanti-nanti.


 

Template by Blogger Candy