Friday, April 27, 2012

Gian


Peperiksaan akhir tahun lima semakin hampir. Semua orang sedang mempersiapkan diri masing-masing untuk menghadapi peperiksaan Pediatrics dan Obstetrics & Gynaecology tahun ini. Sebab semua nak lepas tahun lima dan melangkah ke tahun akhir dengan penuh bergaya. Mudah-mudahan.

Namun, saya tetap mahu meluangkan masa untuk membaca buku selain buku pelajaran. Lagi-lagi sebelum datang minggu2 stres nanti. Maka semalam sempat 'lari' sekejap ke pekan El Maadi yang terletak tidak jauh dari ibukota Kaherah. Naik saja tren Metro menuju ke Helwan. Turun di stesen El Maadi, jalan sepuluh minit dan sampai lah ke kedai-kedai buku seperti Alef Bookstroe dan The Bookspot yang berkedudukan tidak jauh di antara satu sama yang lain.

Dan selepas keluar dari The Bookspot, tersenyum-senyum sendiri pabila mendapati saya siap membeli dua buah buku ini

1. Three Cups Of Tea - Greg Mortenson
2 Lone Wolf - Jodi Picoult


n im currently-reading

1 The Leaving of Liverpool - Maureen Lee
2. Norwegian Wood - Haruki Murakami (Kindle Version)
3. The Pocket Therapist - Therese Borchard
4. Hafalan Shalat Delisa - Tere Liye (Digibook Version)

Buku The Leaving of Liverpool itu adalah milik adik ipar saya sebenarnya. Katanya dia beli buku tu sebab ada perkataan Liverpool. Kerana dia dilahirkan di sana :)

Norwegian Wood yang baru sangat saya mula membacanya. Biasa lah kan mula-mula ni boring sikit. Belum dapat feel sangat lagi dan tak masuk lagi style pakcik Murakami ni :)

The Pocket Therapist. Nah. Buku ni sudah setahun saya memilikinya. Dan sampai sekarang tak habis-habis lagi baca.

dan akhirnya HSD yang telah ditinggalkan beberapa minggu dek kesibukan (terlupa pun ada) dan kesihatan mata yang tidak begitu memuaskan dua minggu ini (tk boleh tengok laptop lama2) . Nanti bila mata dah sihat, boleh kita balun baca banyak-banyak dan habiskan terus. Insya Allah :)

Dan suka untuk saya kongsi di sini. kata-kata semangat. Dari seorang kakak

"baca quran untuk kekuatan jiwa dan pengajaran hidup, baca buku omputih tambahkan tsaqafah, kuasai bahasa dan tingkatkan intelek. quran dah tak pisah dari kehidupan, novel rencah tambahan :) "

*nangis terharu*


ok. Mari bersiap untuk berkelah!

till then,
Fathiyyah







Friday, March 23, 2012

Hujan Bulan Juni





siapa menggores di langit biru
siapa meretas di awan lalu
siapa mengkristal di kabut itu
siapa mengertap di bunga layu
siapa cerna di warna ungu
siapa bernafas di detak waktu
siapa berkelebat setiap kubuka pintu
siapa mencair di bawah pandangku
siapa terucap di celah kata-kataku
siapa mengaduh di bayang-bayang sepiku
siapa tiba menjemputku berburu
siapa tiba-tiba menyibak cadarku
siapa meledak dalamku
: siapa Aku 


-Sonet X-


***

 aku ingin mencintaimu dengan sederhana:
dengan kata yang tak sempat diucapkan
kayu kepada api yang menjadikannya abu

aku ingin mencintaimu dengan sederhana:
dengan isyarat yang tak sempat disampaikan
awan kepada hujan yang menjadikannya tiada.

-Aku Ingin-




***



kupandang ke sana: Isyarat-isyarat dalam cahaya
kupandang semesta
ketika Engkau seketika memijar dalam Kata
terbantun menjelma gema. Malam sibuk di luar suara

kemudian daun bertahan pada tangkainya
ketika hujan tiba. Kudengar bumi sediakala
tiada apa pun di antara Kita: dingin
semakin membara sewaktu berhembus angin 


- Dalam Doa II-


****

 "dalam diriku mengalir sungai panjang,
darah namanya
dalam diriku menggenang telaga darah,
sukma namanya
dalam diriku meriak gelombang sukma,
hidup namanya!
dan karena hidup itu indah,
aku menangis sepuas-puasnya "

****
 

Di sudut hati yang paling dalam, ada je hasrat untuk menulis puisi  dan dibukukan untuk simpanan sendiri.
Namun, akibat kekangan masa dan kekurangan kesempatan, maka hasrat selalu ditangguhkan dan ditolak ketepi dahulu.


Tu semua alasan. Bukannya susah pun nak bawa buku nota kecil ke mana-mana dan bila ada senggang masa (waktu nak tunggu syawerma siap ke), duduk dan menulis puisi sekerat dua sebentar.


Dan selalu lupa tentang suatu fakta ,
yang bila menulis puisi, otak juga sedang ligat berfikir.


ligat berfikir macam main sudoku (my fevret :D)

Apapun,


Buku puisi 'Hujan Bulan Juni' oleh  Sapardi Djoko Domono sudah siap masuk di dalam 'wislist'
 


-Yang menulis sambil makan Fatiroh bi Sukkar (roti canai inti gula)-

Friday, March 16, 2012

Mavi Marmara selepas 2 tahun


Salam


Viva Palestina,
Mavi Marmara,
Hantaran cinta,
Kami semua.
Palestin, kami datang !

(Fatimah Syarha, novel Detik Cemas Mavi Marmara Palestin Kami Datang!)

31 Mei 2010

Tak sangka dah dua tahun peristiwa ni berlaku. Rasa macam baru je haritu perasaan saya berkobar-kobar datang dengar forum dari sukarelawan-sukarelawan yang tiba di Jordan lepas berjaya dibebaskan. Rasa macam baru je sudah tulis entry pasal Mavi Marmara di blog sendiri. Dan sekarang bila perasaan berkobar tu datang balik lepas baca buku ni, baru sedar 'Eh, dah dua tahun rupanya...'

Perkara pertama yang datang dalam ingatan lepas usai mengkhatamkan buku ini adalah ....

" Agak-agak ramai tak yang masih ingat tentang peristiwa ini? "

Bohonglah kalau saya katakan saya sendiri sentiasa ingat memanjang tentang Mavi Marmara dari dulu sampai sekarang. Ada ketikanya memang tak terlintas langsung di fikiran selain sekadar sebuah peristiwa yang pernah dilalui dalam hidup. Astagfirullah.. Teruknya rasa~

Tapi syukurlah, Allah masih sudi nak beri ingatan supaya ingat semula. Rasa balik apa yang pernah dirasa waktu fresh baru melalui peristiwa itu. Mungkin sebab saya si manusia ini mudah sangat terlupa, maka Allah peringatkan semula. Serius teringat balik semula memori yang ada bila kembaca membaca tentang Mavi Marmara. Dan pada masa yang sama saya juga terfikir-fikir tentang kondisi lain yang turut sedang berlaku sekarang. Syria, apalah keadaan mereka sekarang ya? Global March To Aqsa, apa berita terbaru nya ya? Malaysia, bagaimana kisah kita ya?

Dan dalam pada yang masa, saya juga terdetik : 

Agaknya itu sebabnya kena ada sistem 'detik masa yang dibekukan'.

Dibekukan macam mana? ---> Ditulis, dirakam, difilem, dibukukan dan macam-macam lagi

Cubalah bayangkan kalau semuanya takde. Takde orang yang nak menulis dan mencatat untuk simpanan. Takde orang yang nak merakam dan mengabadikan dalam video mahupun filem. Takde orang yang nak membukukan mahupun menghimpun catatan. Mesti semuanya hilang di telan zaman. Kalau nak cerita secara lisan, takde sebarang jaminan untuk benda-benda yang dikisahkan kekal tepat seperti yang ada (kecuali perawi-perawi quran dan hadis yang super2 mantap ingatannya). Maka? Hilang macam tu sahaja. Sia-sia~

Kan?

=)

So, apa lagi semua? 

Cepat, jom kita selalu cuba bekukan masa!

Paling-paling pun mungkin boleh testing awal-awal tulis diary ke.. Hehe. Siapa tahu suatu hari nanti, 20, 30 tahun akan datang bila kita selak balik kita boleh tahu macam mana rupa perjalanan hidup kita. Kalau lupa pun, dah ada catatan yang boleh mengingatkan kita selalu.

Apatah lagi kalau ada menulis blog yang berfaedah untuk bacaan awam atau menghasilkan buku yang bermanfaat untuk dibaca. Subhanallah. Bersambung-sambung pahalanya untuk kita. Insyallah.~

Semoga tulisan-tulisan kita akan membantu kita kelak sebagai saham di akhirat. Amin...

Jumpa lagi~








Saturday, March 10, 2012

Sepanyol dalam Merindu



Memang tidak dinafikan, hati cukup cemburu dengan kawan-kawan dan adik-adik juniors yang sudah sampai ke bumi Sepanyol atau nama Islamnya, Andalusia. 

Merindui bumi Andalus sejak mengetahui tentang fakta-fakta yang terpalit dan ternoktah di dalam sejarah. 
Sejarah bagaimana terbina dan betapa tinggi nya Islam di sana, suatu ketika dahulu. 

Suatu hari nanti, andai diberikan rezeki, dipanjangkan umur pasti akan jejakkan kaki ke sana. Menghirup udara bumi Andalus yang masih segar kegemilangannya dalam buku-buku sejarah lama.

dan sebelum itu, haruslah mendapatkan buku di atas. Barulah lagi 'basah' dalam jiwa. Mudah-mudahan. 

Dah masuk dalam wish list. Bakal dibeli melalui Amazon sebab susah nak dapatkan buku begini di kedai buku  biasa.  Insya Allah :) 




Teringin nak baca hasil nukilan pak cik Haruki Murakami.. Norwegian Wood. Pun termasuk dalam wish list . Tunggu habis periksa akhir tahun ini, pasti akan mendapatkannya di kedai buku terbesar di KLCC. Sudah tentu dengan menggunakan duit simpanan sendiri

:)


Currently-reading



  1. The Definitive Book of Body Language (Hard Cover)
  2. Hafalan Shalat Delisa (HSD) -- Digibook version
  3. Before I Fall -- Kindle version

p.s: Bakal menduduki peperiksaan Surgery hari Rabu ini. Mohon kalian yang membaca ini mendoakan. Terima kasih :)


Thursday, February 2, 2012

Winter Break


Bismillah 

 Waktu peperiksaan Pediatrics hari tu, hati punyalah meronta-ronta minta nak baca buku selain medik.
Habis je periksa, memang tenggelam dengan buku-buku buat seketika, sampailah tiba saat untuk naik kapal terbang ke malaysia. Maka, Dalam Dekapan Ukhuwah(DDU) yang dipinjam dari Milah telah dikhatamkan dan dihadamkan. Sebak dan sesak dada baca kisah teladan dari para sahabt dari DDU itu. Hu

Sekarang, sedang di fasa cuti bersempena winter break. Maka, haruslah ia dimanfaatkan sepenuhnya.
Target cuti dua minggu ini tidak lah sedahsyat mana. Hanya lima buah buku ini sahaja. Kita cuba, capai target atau tidak kita tunggu dan lihat saja :)

  1. Rindu Bau Pohon Tin  - Ustaz Hasrizal  (currently reading)
  2. Negeri 5 Menara - A.Fuadi (currently reading)
  3. I was Jane Austen's Bestfriend - Cora Harrison
  4. The Particular Sadness of Lemon Cake - Aimie Bender 
  5. Isabella -

Tapi sekarang rasa 'tergoda' dengan Hafalan Shalat Delisa (HSD). Lagi-lagi filemnya sudah dimuat naik di saluran youtube. Namun harus ditahan buat seketika.. Digibook HSD ada je di desktop ni. Tinggal cari masa nak baca sahaja :)


Till then,
take care people!





Friday, January 20, 2012

You Should Date A Girl Who Reads



Date a girl who reads. Date a girl who spends her money on books instead of clothes, who has problems with closet space because she has too many books. Date a girl who has a list of books she wants to read, who has had a library card since she was twelve.

Find a girl who reads. You’ll know that she does because she will always have an unread book in her bag. She’s the one lovingly looking over the shelves in the bookstore, the one who quietly cries out when she has found the book she wants. You see that weird chick sniffing the pages of an old book in a secondhand book shop? That’s the reader. They can never resist smelling the pages, especially when they are yellow and worn.

She’s the girl reading while waiting in that coffee shop down the street. If you take a peek at her mug, the non-dairy creamer is floating on top because she’s kind of engrossed already. Lost in a world of the author’s making. Sit down. She might give you a glare, as most girls who read do not like to be interrupted. Ask her if she likes the book.

Buy her another cup of coffee.

Let her know what you really think of Murakami. See if she got through the first chapter of Fellowship. Understand that if she says she understood James Joyce’s Ulysses she’s just saying that to sound intelligent. Ask her if she loves Alice or she would like to be Alice.

It’s easy to date a girl who reads. Give her books for her birthday, for Christmas, for anniversaries. Give her the gift of words, in poetry and in song. Give her Neruda, Pound, Sexton, Cummings. Let her know that you understand that words are love. Understand that she knows the difference between books and reality but by god, she’s going to try to make her life a little like her favorite book. It will never be your fault if she does.

She has to give it a shot somehow.

Lie to her. If she understands syntax, she will understand your need to lie. Behind words are other things: motivation, value, nuance, dialogue. It will not be the end of the world.

Fail her. Because a girl who reads knows that failure always leads up to the climax. Because girls who read understand that all things must come to end, but that you can always write a sequel. That you can begin again and again and still be the hero. That life is meant to have a villain or two.

Why be frightened of everything that you are not? Girls who read understand that people, like characters, develop. Except in the Twilight series.

If you find a girl who reads, keep her close. When you find her up at 2 AM clutching a book to her chest and weeping, make her a cup of tea and hold her. You may lose her for a couple of hours but she will always come back to you. She’ll talk as if the characters in the book are real, because for a while, they always are.

You will propose on a hot air balloon. Or during a rock concert. Or very casually next time she’s sick. Over Skype.

You will smile so hard you will wonder why your heart hasn’t burst and bled out all over your chest yet. You will write the story of your lives, have kids with strange names and even stranger tastes. She will introduce your children to the Cat in the Hat and Aslan, maybe in the same day. You will walk the winters of your old age together and she will recite Keats under her breath while you shake the snow off your boots.

Date a girl who reads because you deserve it. You deserve a girl who can give you the most colorful life imaginable. If you can only give her monotony, and stale hours and half-baked proposals, then you’re better off alone. If you want the world and the worlds beyond it, date a girl who reads.

Or better yet, date a girl who writes.”

- Rosemarie Urquico-

p.s: I love the way she writes, so i put this in here. Dan yang paling penting, pinanglah seorang gadis itu kerana agamanya. Dalam apa-apa hal sekalipun, agama itu tetap nombor satu  :)  

Thursday, January 12, 2012

Warna Warni Lasykar Pelangi


Lasykar Pelangi ini saya pinjam dari adik ipar saya sewaktu cuti musim panas yang lalu. Setelah mendapati begitu banyak komentar yang positif tentangnya melalui laman web goodreads, maka saya berkeputusan untuk membawanya pulang ke Kaherah.

Dua bulan saya bersusah payah menghabiskan novel dari negara seberang ini setelah dihimpit dengan komitmen dalam pelajaran yang begitu menyesakkan. Nah, itu semua hanya alasan. Kalau betul-betul ada disiplin, setengah jam sehari membaca buku selain medik pun dah banyak boleh dapat sebenarnya :)

Kegigihan dan kecintaan yang sangat tinggi dalam menuntut ilmu. Itu yang saya pelajari dari Lasykar Pelangi.
Lasykar atau Laskar itu maksudnya pasukan atau tentera dalam bahasa Indonesia. Manakala Lasykar Pelangi ini adalah nama gelaran yang diberikan kepada mereka. Sekumpulan anak-anak pelangi dengan masing-masing datang dari latarbelakang keluarga yang berbeza. Berbeza dari segi ujian hidupnya.

Mengisahkan sekawan atau sekumpulan budak-budak kampung di Pulau Belitong yang begitu gigih menuntut ilmu. Di awal-awal bab lagi sudah terharu  apabila Sekolah agama Muhammadiyah hanya boleh dibuka dan dibenarkan untuk terus 'hidup' jika dihadiri seramai sepuluh orang pelajar pada hari pertama persekolahan.

Selain Ikal sebagai narator, saya begitu terkesan dengan watak Lintang, seorang anak kecil dari pesisir pantai , yang berbasikal serta berkaki ayam setiap hari demi menghadiri satu hari yang paling bermakna dalam hidupnya iaitu hari di sekolah, hari untuk dihabiskan bersama teman-temannya.

Ilmu bagi Lintang adalah segala-galanya. Lintang juga digambarkan oleh penulis sebagai manusia paling genius dalam sepanjang hidupnya. Keluarga miskin, adik-beradik yang ramai, ayah hanya sebagai nelayan, namun Lintang adalah seorang yang sentiasa optimis dalam apa jua.

Membaca sambil cuba membayangkan  kehidupan Lintang membuatkan saya insaf dan bersyukur dengan apa yang dimiliki sekarang. Hidup saya dan Lintang adalah seperti langit dan bumi yang jauh lebih senang dan selesa.

Juga malu amat dengan kecintaan Lintang sebegitu rupa terhadap ilmu yang baru diterokainya setiap hari. Sepatutnya saya  lebih teruja dengan ilmu yang diperoleh setiap hari. Kerana ilmu yang sedang dituntut ini adalah ilmu perihal manusia. Manusia yang sebaik-baik kejadian.

Begitu juga dengan sembilan  watak utama  lain seperti Mahar, Ah Kiong, Sahara,  Harun  dan yang lain telah mewarnakan 'dunia' saya dengan gelak tawa dan sering membuat saya senyum sampai ke telinga.

Tidak lupa juga Pak Harfan dan Bu Mus. Mereka adalah para pejuang yang sebenar dalam mendidik anak bangsa mereka sehingga ke menara gading. Setiap hari mereka tidak putus-putus meniupkan semangat kepada anak-anak kampung ini agar tidak mudah berputus asa walaupun mereka semua ratanya berasal dari keluarga yang miskin, yang sering disindir dan diketawakan.

Penulis Andrea Hirata benar-benar telah memaknakan salah satu bingkai kehidupan kisah-kisah lampau hidup beliau. Saya pasti kisah-kisah di dalam Lasykar Pelangi ini adalah kisah-kisah benar yang berlaku dalam hidup beliau.

Lasykar Pelangi adalah buku terakhir yang dibaca oleh saya pada tahun lepas. Kiranya, ia adalah penutup yang terindah buat saya di tahun 2011.

Oleh kerana Lasykar Pelangi begitu menghiburkan, sarat dengan pelajaran dan telah membuktikan the magic of childhood memories , nah saya hadiahkan empat bintang!





p.s: Saya belum sempat untuk menonton filem Laskar Pelangi. Tapi bagi saya, membaca novel atau buku itu lebih puas dan berbaloi berbanding menonton filemnya.


 

Template by Blogger Candy