Monday, August 1, 2011

Hobi Baru

(sambung dari ayat di atas)

sekarang saya kira adalah membaca. Walaupun sejak kecil sampai lah besar, pabila orang bertanya 'apa hobi kamu?' dan tanpa berfikir terus saya katakan 'membaca!'
Padahal bila dah dewasa ini, semakin sedar yang diri kurang membaca melainkan bila dipaksa atau sebab periksa.

Semua ini bermula selepas saya menghadiri satu karnival buku di Universiti Amerika (America University of Cairo) yang terletak betul-betul di tengah Tahrir yang pada waktu itu agak belum stabil lagi keadaannya. Anda pernah dengar bukan nama tempat di Tahrir yang kian diperkatakan orang semenjak revolusi 25 Januari?

Atau ini adalah kali pertama anda mendengarnya?

Berbalik kepada pesta buku. Saya ke sana dengan beberapa orang teman. Tapi kami tidaklah berkepit sepanjang masa. Kami berpecah. Ikut suka hati lah mahu ke mana. Saya pun senang begitu. Mencari-cari buku yang boleh dibaca. Sambil mencari, saya terpegun melihat orang-orang asing, yang bukan Melayu, bukan pula orang Arab. Ya, sudah tentu mat minah Saleh yang tekun membelek-belek buku untuk dibeli (padahal di tangan, sudah berbeg-beg plastik buku-buku yang sudah dibeli). Di situ terdetik satu azam baru di dalam kalbu.

Ya, saya seharusnya perlu banyak membaca. Dan sebelum berkeputusan untuk membaca sesuatu benda, seharusnya memilih terlebih dahulu buku apa untuk dibaca. Kita membaca bukan untuk sebarangan. Kita mahu dapatkan pengetahuan seluas-luasnya. Seperti mereka yang tidak mengenal erti jemu dan penat membaca. Di mana-mana sahaja, pasti membaca. Baik di lapangan terbang, di kafeteria, di dalam kereta api dan sebagainya.

Baru-baru ini saya berkesempatan untuk ke Pulau Perhentian. Mentadabbur alam, membuka mata serba sedikit. Belajar dari alam, juga belajar dari manusia. Dan di chalet tempat tinggal kami itu menempatkan juga pelancong-pelancong asing dari berbagai negara. Ya, mereka terdiri juga daripada mat minah saleh :)
Kita tak perlu lah cerita tentang aktiviti 'menjemur' mereka di tengah-tengah panas sepanjang pantai.

Tapi kita nak cerita tentang budaya mereka yang tidak pernah tinggalkan buku. Sepanjang masa, dengan buku.

Ketika berjemur, ada buku
Ketika bersarapan, ada buku
Ketika menunggu giliran untuk ke tandas, ada buku
Ketika waktu petang, menunggu giliran datangnya malam, setia lagi dengan buku

Kata suami

'Bagus diaorang ni. Sepanjang masa dengan buku'

Buku bukan sebarangan. Ada satu buku tu, yang saya sempat intai tajuknya, saya beranggapan isinya berat-berat.


Kagum lagi

Nah, lepas sahaja pulang dari Pulau Perhentian, balik rumah terus saya keluarkan buku-buku di dalam kotak di rumah yang belum dibaca. (tengok buku-buku ni disebelah laptop. Telan air liur)

Dan dengan bantuan dan semangat yang saya peroleh dari kawan-kawan Goodreads, saya berazam waktu cuti ini saya mesti habiskan ia dengan membaca. Lagipun saya tidak berpeluang untuk menjalani aktiviti 'attachment' di hospital atau aktiviti menghadiri pelbagai kem dan ceramah membina jiwa seperti teman-teman  yang lain.

Tidak mengapa. Duduk di rumah, masih beroleh manfaat juga. Di samping berbakti :)

Maka, lahirlah blog ini.  Bakal menjadi tempat curahan segala idea dan ilmu yang saya dapat dari pembacaan saya yang baru seciput dua. Tahun ini berdasarkan rekod saya di Goodreads, saya baru menghabiskan tiga buah buku dari pelbagai genre. Insya Allah, target tahun ini adalah 20 buah buku. Doakan saya !

Juga, saya sering mendapat inspirasi baru dari blog  teman sekolah saya dahulu  Helaian Rindu. Saya kagum dengan dia kerana minatnya yang suka membaca tidak pernah pudar. Malah, saya sering membeli buku setelah membaca 'review'nya dahulu dari blog nya itu

Blog ini juga saya mahu manfaatkan sepenuhnya seperti blog Medik hasil perkongsian saya  dengan Ayu Amiza  di OurCollections dan blog peribadi yang tidaklah terlalu peribadi From The Inside

Entri ini adalah sebagai entri permulaan dan percubaan. Sungguh, saya semakin kekok dalam menulis
Doakan juga moga saya berterusan dengan hobi ini. Mungkin ini juga mampu menarik anda supaya turut mempunyai hobi seperti saya?



Sampai bertemu lagi

Assalamualaikum warahmatullah..


0 comments:

 

Template by Blogger Candy