Alhamdulillah, berkesempatan juga untuk menulis pendahuluan awal buat perkenalan di sini..
Buku,
adalah salah satu identiti diri saya sendiri.
Tanpa buku rasanya macam ada yang kurang. Kalau tak dapat baca, dapat pegang sebelah pun dah rasa macam cukup 'melayang'. Tambah-tambah kalau tiba-tiba terduduk di kalangan orang yang sedang bersembang tajuk yang kita tak terbayang, aduh rasa macam nak terus pergi kedai cari buku dan baca waktu itu juga. Kurang ilmu sungguh rasanya sekarang.
Sejak dulu lagi rasanya, dapat buku tu rasa macam dapat wang (kecualilah buku yang susah nak hadam).
Dapat buku,
semua orang hilang
semua masalah terbang
sampai waktu pun rasa macam tak sedar melayang
Syukur ada keluarga dan rakan-rakan yang sama gemar buku. Jadinya bila berteman, semangat membaca selalunya insyallah sentiasa ada. Sama-sama habis masa di kedai buku. Sama-sama lumba siapa habis dulu.
Malangnya bila dah makin besar dan makin sibuk, rasa susah sangat nak habiskan buku. Sampai pernah rasa kalau pegang buku yang bukan pelajaran macam buang masa pula. Ish3. Tak baik betul. Tapi bila tertekan dengan pelajaran, bantai juga habiskan buku-buku cerita sampai kepala lapang.
Tahun ini bila naik klinikal, alhamdulillah naik juga buku-buku bacaan sampingan. Selari dengan peningkatan tekanan barangkali. =)
Tambah-tambah bila ada rakan di Jordan yang rajin bawa datang buku-buku bahasa Malaysia terbaru pulang, maka makin membara semangat nak membaca. Tahun ini sahaja rasanya mungkin dah lebih 20 buah buku saya habiskan. Itu baru pinjaman. Belum masuk yang diri sendiri jadi pelanggan tetap kedai Reader's di Cozmo Mall, Amman.
Cumanya tiba-tiba terfikir, buku-buku yang saya banyak baca tu rasa macam rugi pula kalau saya yang tahu seorang. Itu belum campur yang bacaan laju tahap kilat. Habis baca terus habis lupa. Erk.
Maka, datanglah satu ilham suatu hari dulu untuk menulis tentang buku. Biar jadi medium latih diri betul-betul disiplin membaca. Alang-alang mana tahu kalau dengan tulisan tentang buku ini, ada manusia juga yang tertarik untuk membaca sama. Kan bagus meramaikan umat yang membaca? ^^,
Jadi di sinilah tapak untuk saya bermula. Kita asingkan terus untuk blog buku biar jelas dan teratur semuanya. Dan terima kasih Fathiyyah, sebab beri peluang untuk mencuba bersama
Insyallah, semoga perjalanan ini ada sumbangan untuk saya dan kalian semua. Amin..
Jumpa di lain entry (sementara habis tunggu buku habis dibaca)..
Wassalam..
0 comments:
Post a Comment