Salam
Mavi Marmara,
Hantaran cinta,
Kami semua.
Palestin, kami datang !
(Fatimah Syarha, novel Detik Cemas Mavi Marmara Palestin Kami Datang!)
31 Mei 2010
Tak sangka dah dua tahun peristiwa ni berlaku. Rasa macam baru je haritu perasaan saya berkobar-kobar datang dengar forum dari sukarelawan-sukarelawan yang tiba di Jordan lepas berjaya dibebaskan. Rasa macam baru je sudah tulis entry pasal Mavi Marmara di blog sendiri. Dan sekarang bila perasaan berkobar tu datang balik lepas baca buku ni, baru sedar 'Eh, dah dua tahun rupanya...'
Perkara pertama yang datang dalam ingatan lepas usai mengkhatamkan buku ini adalah ....
" Agak-agak ramai tak yang masih ingat tentang peristiwa ini? "
Bohonglah kalau saya katakan saya sendiri sentiasa ingat memanjang tentang Mavi Marmara dari dulu sampai sekarang. Ada ketikanya memang tak terlintas langsung di fikiran selain sekadar sebuah peristiwa yang pernah dilalui dalam hidup. Astagfirullah.. Teruknya rasa~
Tapi syukurlah, Allah masih sudi nak beri ingatan supaya ingat semula. Rasa balik apa yang pernah dirasa waktu fresh baru melalui peristiwa itu. Mungkin sebab saya si manusia ini mudah sangat terlupa, maka Allah peringatkan semula. Serius teringat balik semula memori yang ada bila kembaca membaca tentang Mavi Marmara. Dan pada masa yang sama saya juga terfikir-fikir tentang kondisi lain yang turut sedang berlaku sekarang. Syria, apalah keadaan mereka sekarang ya? Global March To Aqsa, apa berita terbaru nya ya? Malaysia, bagaimana kisah kita ya?
Dan dalam pada yang masa, saya juga terdetik :
Agaknya itu sebabnya kena ada sistem 'detik masa yang dibekukan'.
Dibekukan macam mana? ---> Ditulis, dirakam, difilem, dibukukan dan macam-macam lagi
Cubalah bayangkan kalau semuanya takde. Takde orang yang nak menulis dan mencatat untuk simpanan. Takde orang yang nak merakam dan mengabadikan dalam video mahupun filem. Takde orang yang nak membukukan mahupun menghimpun catatan. Mesti semuanya hilang di telan zaman. Kalau nak cerita secara lisan, takde sebarang jaminan untuk benda-benda yang dikisahkan kekal tepat seperti yang ada (kecuali perawi-perawi quran dan hadis yang super2 mantap ingatannya). Maka? Hilang macam tu sahaja. Sia-sia~
Kan?
=)
So, apa lagi semua?
Cepat, jom kita selalu cuba bekukan masa!
Paling-paling pun mungkin boleh testing awal-awal tulis diary ke.. Hehe. Siapa tahu suatu hari nanti, 20, 30 tahun akan datang bila kita selak balik kita boleh tahu macam mana rupa perjalanan hidup kita. Kalau lupa pun, dah ada catatan yang boleh mengingatkan kita selalu.
Apatah lagi kalau ada menulis blog yang berfaedah untuk bacaan awam atau menghasilkan buku yang bermanfaat untuk dibaca. Subhanallah. Bersambung-sambung pahalanya untuk kita. Insyallah.~
Semoga tulisan-tulisan kita akan membantu kita kelak sebagai saham di akhirat. Amin...
Jumpa lagi~
0 comments:
Post a Comment