Wednesday, June 13, 2012

I'm a Jews but I'm Muslim

Salam semua.

Sekadar nak memetik sedikit petikan dari buku ini:



Apabila ditanya kepada Maryam Jameelah...
 " Apakah Anda melihat kesamaan antara Yudaisme dan Islam?"

Jawabnya:

Persaudaraan antara Yudaisme dan Islam bahkan lebih kuat dari Islam dan Kristen. Kedua-duanya Yudaisme dan Islam berbagi kesamaan yang sama tanpa kompromi monoteisme, pentingnya keutamaan dari ketaatan yang ketat untuk Hukum Ilahi sebagai bukti pengutusan kami dan cinta Sang Pencipta, penolakan imamat, selibat dan monastisisme dan kesamaan mencolok dari bahasa Ibrani dan Bahasa Arab.

Cumanya, dalam Yudaisme, agama sangat membingungkan dengan nasionalisme (bangsa Yahudi), yang hampir tidak dapat dibedakan antara keduanya. Nama “Yudaisme” berasal dari suku Yehuda-. Seorang Yahudi adalah anggota dari suku Yehuda. Bahkan nama agama ini tidak berkonotasi pesan spiritual universal. Seorang Yahudi tidaklah seorang Yahudi berdasarkan keyakinan dalam kesatuan Allah, tetapi hanya karena dia kebetulan lahir dari keturunan Yahudi. Haruskah ia menjadi seorang ateis secara terbuka ?!, dia tidak kurang “Yahudi” di mata sesama orang Yahudi.

Seperti halnya korupsi yang menyeluruh dengan nasionalisme, mempunyai kemiskinan spiritual dari agama ini dalam segala aspeknya. Allah bukan Allah seluruh umat manusia namun Allah Israel. Tulisan suci bukanlah wahyu dari Allah kepada seluruh umat manusia tetapi terutama sebagai buku sejarah dari bangsa Yahudi. Daud dan Salomo (alaihi salam) tidaklah nabi sepenuhnya dari Tuhan, tetapi hanyalah raja Yahudi. Dengan pengecualian tunggal dari Yom Kippur (Hari Penebusan Yahudi), hari libur dan festival yang dirayakan oleh orang Yahudi, seperti Hanukkah, Purim dan Pesach, yaitu jauh lebih besar sebagai perhelatan nasional dari pada signifikansi religiusnya.
.
.
.
.
.


Seingat saya dahulu, semua Yahudi adalah jahat. Yahudi dengan Islam adalah sesuatu yang sangat berbeza. 
Tapi saya terlupa yang rupanya Yahudi ini sebenarnya adalah bangsa. Ada yang baik dan ada yang jahat. Yang selalunya nampak jahat itu adalah yang beragama Judaisme. Malah sebenarnya ada orang Yahudi yang berbangsa Islam. Bahkan nabi-nabi orang Islam juga kan kebanyakannya sebelum Nabi Muhammad dahulu berbangsa Yahudi? 

Allah, saya terlupa pulak...~

Yahudi beragama Islam, tetap muslim kan?  

Alhamdulillah, buku Kisah-Kisah Muallaf Dunia membuka mata semula tentang dunia Yahudi yang sebenar. Dari sudut bahawasanya ada juga orang dari bangsa Yahudi yang beragama Islam, malahan yang jauuhhhhh lebih hebat dari dakwahnya daripada kita yang sedia muslim sejak lahir ini. Seperti kisahnya Maryam Jameelah yang saya coretkan sedikit di atas. 

Ada sedikit pecahan dari buku ini yang telah ditulis semula di sini. Cubalah baca. 

Tapi kalau dapat bukunya yang penuh, ada banyak lagi kisah-kisah tokoh-tokoh Yahudi yang telah kembali ke fitrah Islam di dalam ini. Sangat-sangat membuka mata. =)








Friday, June 8, 2012

Baca Buku ketika Musim Exam


Saya masih ingat sewaktu zaman sekolah di Kisas, saya mempunyai teman sekelas yang juga teman satu dorm, yang gemar membaca buku cerita. Tak kisah musim exam ke tidak, memang dah dijadikan sebagai tabiat agaknya, untuk membaca apa sahaja selain bacaan2 pelajaran.

Dia sering ke perpustakaan untuk meminjam beberapa buah buku. Yang saya masih ingat siri yang diminatinya adalah siri 'Sabrina The Teenage Witch' . Aha, kadang2 rasa pelik bila tengok dia boleh gelak sorang-sorang baca buku di katilnya.

Perasaan cemburu pun ada 'Budak ni tak risau nak study kee'  (maklumlah, budak kisas. Memang dalam otak, fikir nak study je. hu)

Lagi cemburu, bila keputusan peperiksaannya cemerlang. Malah, lagi cemerlang dari kami yang kurang sikit bergelumang dengan buku-buku selain buku-buku sekolah.

Ada teman kata, dia memang cepat pick up. Cepat tangkap apa yang cikgu ustaz ustazah ajar. Sebab tu mampu buat benda lain, baca buku lain. Orang sebegini diberi gelaran 'gifted' kata orang omputih..
Unik dan berbeza berbanding orang lain.

Suatu hari, saya bertanyalah kepada dia tentang tips studi bagai.
Dia kata, dia suka spend time dengan benda yang dia suka. Iaitu membaca. Apa saja.
Dan tak suka 'skema2' sangat, tak suka digelar kaki belajar.

Sekarang baru faham apa maksud 'hobi saya adalah membaca'
kerana hobi bukan sebarang 'mengisi waktu lapang dengan aktiviti yang berfaedah'

Tetapi juga ia bermaksud 'mengisi masa dengan perkara yang saya suka'
Tak kisah lah apa pun. Membaca ke, menulis ke, amik foto ke, menjahit ke.
Apa saja.



kenapa lah lambat sangat baru nak jatuh cinta dengan baca buku selain buku2 pelajaran.
Ni tidak.  umur 22 tahun baru nak berjinak2 dengan dunia 'ulat buku'  (tahun lepas baru berkecimpung alam buku ni. dulu zaman sekolah kaki baca buku Harry potter dan komik je)

Tapi kena pandai kawal diri la kan. Jangan sampai makan diri pula.
Kalau exam, buat gaya nak exam. Baca buku cerita satu bab sehari pun cukup.

(dah jeling2 buku Yoko Ogawa sambil kat sebelah dia ada buku Gynecology)

Uhu. exam Obgynae lagi 12 hari. mohon doa!

 

Template by Blogger Candy