Saya masih ingat sewaktu zaman sekolah di Kisas, saya mempunyai teman sekelas yang juga teman satu dorm, yang gemar membaca buku cerita. Tak kisah musim exam ke tidak, memang dah dijadikan sebagai tabiat agaknya, untuk membaca apa sahaja selain bacaan2 pelajaran.
Dia sering ke perpustakaan untuk meminjam beberapa buah buku. Yang saya masih ingat siri yang diminatinya adalah siri 'Sabrina The Teenage Witch' . Aha, kadang2 rasa pelik bila tengok dia boleh gelak sorang-sorang baca buku di katilnya.
Perasaan cemburu pun ada 'Budak ni tak risau nak study kee' (maklumlah, budak kisas. Memang dalam otak, fikir nak study je. hu)
Lagi cemburu, bila keputusan peperiksaannya cemerlang. Malah, lagi cemerlang dari kami yang kurang sikit bergelumang dengan buku-buku selain buku-buku sekolah.
Ada teman kata, dia memang cepat pick up. Cepat tangkap apa yang cikgu ustaz ustazah ajar. Sebab tu mampu buat benda lain, baca buku lain. Orang sebegini diberi gelaran 'gifted' kata orang omputih..
Unik dan berbeza berbanding orang lain.
Suatu hari, saya bertanyalah kepada dia tentang tips studi bagai.
Dia kata, dia suka spend time dengan benda yang dia suka. Iaitu membaca. Apa saja.
Dan tak suka 'skema2' sangat, tak suka digelar kaki belajar.
Sekarang baru faham apa maksud 'hobi saya adalah membaca'
kerana hobi bukan sebarang 'mengisi waktu lapang dengan aktiviti yang berfaedah'
Tetapi juga ia bermaksud 'mengisi masa dengan perkara yang saya suka'
Tak kisah lah apa pun. Membaca ke, menulis ke, amik foto ke, menjahit ke.
Apa saja.
kenapa lah lambat sangat baru nak jatuh cinta dengan baca buku selain buku2 pelajaran.
Ni tidak. umur 22 tahun baru nak berjinak2 dengan dunia 'ulat buku' (tahun lepas baru berkecimpung alam buku ni. dulu zaman sekolah kaki baca buku Harry potter dan komik je)
Tapi kena pandai kawal diri la kan. Jangan sampai makan diri pula.
Kalau exam, buat gaya nak exam. Baca buku cerita satu bab sehari pun cukup.
(dah jeling2 buku Yoko Ogawa sambil kat sebelah dia ada buku Gynecology)
Uhu. exam Obgynae lagi 12 hari. mohon doa!
0 comments:
Post a Comment