Thursday, August 4, 2011

My Sister's Keeper


Tajuk : My Sister's Keeper 
Penulis : Jodi Picoult 


'"When i was little, the great mystery to me wasn't how babies were made, but why " - Anna- 

"Change isn't always for the worst ; the shell that forms around a piece of sand  looks to some people like an irritation, and to others, like a pearl " -Sara-

"The people you love can surprise you everyday. That maybe who we are isn't so much about what we do, but rather what we're capable of when we least expect it" - Anna- 

"there is also a point when you have to step back and say it's time to let go" - Julia- 

"In the English language there are orphans and widows, but there is no word for the parent who loses a child" -Sara- 

"Shooting stars are not stars at all. They're just rocks enter the atmosphere and catch fire under friction. What we wish on, when we see one, is only a trail of debris "  - Brian-


==================


Novel My Sister's Keeper adalah novel pertama yang dibeli pada tahun ini di Pesta Buku University of America, Cairo. Ia juga telah menjadi mangsa ketika musim peperiksaan. 

Andai purata masa untuk menghabiskan sebuah novel fiction hanya seminggu ada dua minggu, namun untuk menghabiskan novel ini memakan masa hampir tiga bulan! Sama dengan tempoh waktu menyudahkan exam medik yang turut memakan masa hampir tiga bulan juga deritanya. Tuhan sahaja yang mengetahui. 

Maklumlah, bila kita duk menghadap novel dengan gembira dan bahagia la kononnya sebab sedang menghayati dan menyelami isi cerita, namun hati sering tidak tenang, rasa resah dan gelisah  kerana tanggungjawab terhadap buku-buku medik yang seharusnya diutamakan kerana exam menanti pada selang setiap satu minggu. 
(jangan tiru sikap ini)

Namun My Sister's Keeper sering menyelamatkan emosi stres saya pada musim peperiksaan. 
Saya seperti di dalam dunia lain ketika membacanya. Bukan dunia fantasi. 
Tetapi seperti berada di dunia realiti yang lain, sebuah dunia yang sarat dengan kasih sayang, yang tak mampu diucapkan dengan perkataan sekalipun. 

Mengisahkan pahit getir sebuah keluarga yang terdiri daripada si ayah, Brian yang merupakan anggota bomba yang sangat cekap , Sara si ibu yang merupakan seorang peguam suatu ketika dahulu menghadapi saat- saat sukar dalam hidup mereka dalam menguruskan kehidupan tiga orang anak mereka.

Pada mulanya, mereka hidup bahagia dengan kehadiran dua orang anak pertama mereka, Jesse dan Kate. 
Namun apabila Kate mencapai umur tiga tahun, Kate telah disahkan menghidapi penyakit Acute Promyelocytic Leukemia sampai satu tahap, sistem imun badannya tidak mampu menampung keadaannya. 

Kate memerlukan pemindahan sum-sum tulang namun setelah dilakukan beberapa ujian darah ke atas Jesse mendapati sum-sum tulang Jesse tidak padan dengan Kate dan tidak boleh menjadi penderma sum-sum tulang kepada Kate.

Lantas, doktor mencadangkan Brian dan Sara untuk men 'design' bayi mereka sendiri supaya bayi yang bakal dilahirkan mempunyai traits yang sama dengan Kate dan mampu menjadi penderma sum-sum tulang Kate secara tetap dengan harapan bahawa Kate akan sembuh.

Dan ketika ini lah, anak ketiga mereka, Anna dilahirkan

Plot cerita dan konflik  bermula apabila Anna meningkat umur remaja, Anna berkeputusan untuk tidaklagi mahu meneruskan menjadi penderma sum-sum tulang kepada Kate lagi apabila dia mendapati seolah-olah dirinya telah dipergunakan oleh ibu dan ayahnya.

Dengan berbekalkan beberapa ratus dollar hasil jualan loket kesayangan yang merupakan hadiah dari ayahnya,  Anna telah pergi untuk meminta bantuan seorang peguam yang terkenal , Campbell Alexander untuk menyaman kedua ibu dan ayahnya.

Dan bermulalah satu demi satu ujian yang melanda dalam keluarga mereka.

Komen : 

Bila membaca My Sister's Keeper, saya sering teringatkan satu-satu adik perempuan saya. Saya selalu katakan padanya biasanya seorang kakak yang akan berkorban untuk adik. Tapi lain pula dengan cerita ini bila Si adik yang banyak menyelamatkan kakaknya untuk  meneruskan hidup. Hubungan yang rapat diantara Kate dan Anna juga sering mengembalikan memori saya dengan dia sewaktu kami tinggal bersama dahulu.
 Berkongsi cerita, bergosip sampai masing-masing terlena, berebutkan sikat dan getah rambut sewaktu kecil, cemburu bila melihat baju si adik lebih menyerlah berbanding baju sendiri  dan lain-lain lagi.

Bila tamat membacanya, mahu saja saya 'rekemen' novel ini kepada adik memandangkan dia juga merupakan seorang yang gilakan membaca buku-buku. Mungkin ia dapat membantunya dalam mendapatkan idea dalam menulis novel (adik memang tengah berusaha nak tulis novel. Kita tengok jadi ke tidak :D)

Novel ini juga sering mengimbaukan saya kepada satu hadis Nabi yang lebih kurang berbunyi

'cintai lah saudaramu, seperti mana engkau mencintai dirimu sendiri'

dan ia sering mengingatkan saya bahawa keluarga, ibu, ayah, adik beradik kepunyaan kita hanyalah pinjaman dari Allah. Mereka hadir sebagai di antara warna-warna terindah yang mencorakkan hidup ketika di dalam perjalanan menuju pengakhiran yang pasti iaitu mati dan kehidupan setelah mati. 

==================

Selang-selang membaca novel My Sister's Keeper, saya turut mengintai-ngintai filemnya. Sebab ramai sangat teman-teman berkata ending nya sangat menyentuh perasaan. Berkotak-kotak tisu mereka telah habiskan sewaktu menonton My Sister's Keeper ini. Akibat tidak dapat menahan rasa ingin tahu, saya juga telah terjebak sama. (tapi tak adalah lah sampai bertisu-tisu :) )

Biasa lah. Bila dah tonton filem, dah tahu akhir nya bagaimana biasanya kita rasa malas sikit untuk meneruskan pembacaan kita sampai habis. Namun bila dikentalkan diri, saya habiskan juga membacanya. Tambahan pula, saya sangat menyukai dan mengagumi ayat-ayat dan kata-kata yang digunakan oleh Jodi Picoult. Cukup memikat hati. Mungkin atas faktor inilah, saya berjaya menamatkannya sampai habis.

Namun begitu, saya sedikit kecewa apabila mendapati ending dalam filem tidak sama seperti ending di dalam novel. Pada saya, ending dalam novel lebih menyayat hati berbanding filemnya justeru membuatkan saya berasa 'nasib baik baca sampai habis'

My Sister's Keeper telah menjadi novel pertama yang saya habiskan tahun ini lantas menjadi permulaan untuk saya melunaskan cabaran membaca dua puluh buah buku setahun untuk tahun 2011.

Rating untuk My Sister's Keeper : 4 Bintang (kalau filem, saya beri 3 Bintang setengah)

Tamat sudah reviu untuk novel pertama. Pheww. Tidak mudah sebenarnya. 

p.s:  Highlighters, pen, sticky notes menjadi teman setia ketika membaca novel. Boleh gariskan dan tulis nota apa yang patut  :)



2 comments:

Izyan Hanis said...

S U K A G I L A

cerita ni :)

Unknown said...

suka gila jugak.
hee..tima kasih utk review novel ni.
atr filem dgn novel?
biasalah majoriti peminat novel2/buku2 ni lebih suka novel asal dari filem. apa2 pun kalau my sister's keeper ni sya suka dua.
mungkin dlm filem x lah seperinci mcm dlm novel, tp ok lah.
:)

 

Template by Blogger Candy