Monday, November 28, 2011

Breaking Dawn

Assalamualaikum semua~

Fuh, lama tak mengupdate dekat sini. Maaf ya.
Bukan apa, sebab buku-buku yang bertimbun itu banyaknya belum habis lagi. Itu yang keseganan sikit. ^^

Baiklah, kita mara dengan buku pertama - yang baru-baru ini kembali hangat dengan berita keluarnya kisah layar adaptasi buku ini - BREAKING DAWN



Rasanya dahulu saya adalah antara orang-orang ketinggalan zaman yang sedikit terlambat mengulit karya-karya Stephanie Meyer. Dah berkurun koleksi Edward Cullen keluar bersama movie-movie nya, saya masih belum tertarik nak membaca. Entah. Mungkin sebab saya tak gemar kisah hantu barangkali. Apalagi vampire. Ish.

Tapi tahun lepas rasanya waktu saya tengah tertekan dengan sesuatu (sebab apa ya? lupa pula..), saya ambil keputusan mahu berkurung dalam rumah 2 hari tanpa keluar. Fokus hanya pada buku. Wow.Wow. Pencapaian yang sangat luar biasa rasanya waktu ini sebab kalau ikutkan saya adalah warga Sanguine yang sangat tidak menyukai dunia senyap sunyi.

Habis 3 buku dalam 2 hari - Twillight, New Moon, Eclipse.
Breaking Dawn tak larat. Semput. Tebal sangat.

Mood yang tengah celaru disokong pula dengan membaca buku-buku vampire. Hah, pasangan serasi~

Tapi lama-lama mood saya tertukar rupanya. Gelak tak henti-henti baca buku-buku ini. Semuanya gara-gara ayat yang Stephanie Meyer guna kebanyakannya berciri sarcasm. Berbalas-balas memerli. Kadang-kadang perlukan masa berfikir kenapa mereka berdialog begini. Haha. Banyak betul ayat-ayat lapik yang saya dapat dari buku ini. Kreatif! Best~

Dan sejak itu, Stephanie Meyer di hati~ =D

Beberapa bulan kemudian, saya kembali membuka Breaking Dawn. Tebalnya iskkk... Sebulan juga nih saya on off on off. Nasib baik best. Kalau tak, bye-bye lah.

Berbalik tentang Breaking Dawn ini, ia berkisar mengenai kehidupan Bella Swan setelah dia sesukahati setuju nak hidup semati secara real dengan Edward Cullen. Berkahwin dan membina famili. Yang mana tentunya akan membawa dia bertukar menjadi salah seorang vampire untuk masuk ke keluarga mereka.

(pss... kenapa saya lebih suka sebut vampire ya? Adakah sebab saya rasa vampire itu lagi friendly dari pontianak? Erghh nama ponti itu pun saya tak berapa gemar. mungkin sebab too much horror tale from Malaysia?)

Menariknya kali ini kita dihidangkan dengan satu kelainan kisah-kisah vampire dan dracula. Asalnya mereka ini adalah orang mati yang dihidupkan kembali. Ala-ala zombi. Maka tentulah takkan ada proses pembinaan keluarga seperti manusia. Mereka tidak ada fasa-fasa obstetric and gynaecology and mereka takkan tua.

Then what happen when a vampire tiba-tiba bersama-sama manusia yang masih ada proses-proses itu? 
Macam mana manusia nak mengandungkan anak vampire yang ada sikap suka makan darah?
Kalau baby tu lahir, dia manusia ke vampire? 
Dia membesar ke statik semata?

Yada.Yada.Yada.Yada.Yada.......~

breaking dawn FAMILI
Tambah lagi persoalan-persoalan menarik untuk dikupas sepanjang novel ini adalah:


Kenapa ketua segala dracula sekarang di Italy dan bukan di Romania?
Macam mana boleh wujud Warewolf yang tak gigit-gigit orang tapi membesar populasinya?
Apa ciri-ciri vampire 'baby' yang baru jadi vampire?
Berapa banyak vampire wujud di dunia?
Apa lagenda pontianak-pontianak lain di dunia selain Malaysia? (eh.)

wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ~

Makin lama baca buku ini, macam terasa baca sejarah dracula pula. Betul-betul sama perasaannya macam baca buku Laksamana Sunan. Cuma bezanya Laksamana Sunan tekankan pasal Tuhan, tapi Bella Swan tekankan pada konsep percaya pada diri yang punya kekuatan.

Sebut tentang Bella Swan yang baru jadi vampire, satu perkara menarik yang saya tertarik pada wataknya adalah kesediaannya untuk menerima risiko dan persediaan awal. Macam mana?


Kawalan mental ~




Hari-hari dia bisik pada diri dia akan jadi vampire. Dan awal-awal lagi dia dah tahu segala risiko masa depan dan dia sentiasa cuba untuk membuat persediaan mental. Disebabkan passion nya yang sentiasa menyala-nyala bersama persediaan mental dan kekuatan hati itulah yang akhirnya tiba-tiba menjadikan dia sebagai vampire terulung yang satu-satunya berjaya tahan diri dari membunuh manusia pada hari pertama dia laparkan darah.

Sakit tak dapat darah  manusia tetap terasa. Keinginan nak membunuh masih membara di tekak dia. Seksanya menahan bau darah manusia yang super lazat itu teramat mencengkam jiwa.

Tapi sebab mental dah ready dan sokongan ada di sisi, dia berjaya kawal diri.

MENTAL + SOKONGAN = USAHA ------>  KEJAYAAN


Bagi orang lain, Bella mungkin akan seperti vampire biasa. Awal 100 tahun pertama akan jadi gila darah manusia. Tapi dia berjaya buktikan yang dia mampu untuk jadi bukan seperti itu.

Kita?  (boleh tak jadi macam ni?)

^_^

Ha, dan yang paling-paling-paling saya tertarik dengan Breaking Dawn kali ini adalah..... :

SEMINAR MACAM MANA NAK BERPERANGAI MACAM MANUSIA


(khusus buat adik-adik vampire yang baru nak berlatih berlakon jadi manusia)


1. Human need bathroom break. So sila buat-buat pergi tandas dalam sehari.
2. Don't sit too still or move too fast. Human don't do that.
3. Sit down if others sit. Human hate standing too long at one place.
4. Wander you eyes every 30 second or so. Human don't stare at one thing too long.
5. Cross your leg for about 5 minute then switch to crossing your ankle for the next five
6. Blink at least 3 times a minute
7. Move your hands. Brush your nose or anything. just scratch for a while. Human does that. 
8. You maybe doesn't need to take a breath since you're a vampire but human does. So once a while move your shoulders up and down a little to make it look like you're breathing


Uiks? Does we human do all of these? Seriously?

 Ya Rabbana... tak perasan pun! =p

Kompleks juga rupanya manusia ni ya. Hanya yang bukan manusia sahaja mampu tahu betapa susahnya jadi  manusia. Hehe. Kan? Kan?

Never mind.

Yang paling kena ingat, Allah serius sangat hebat!
Betapa manusia kerdil ciptaan Allah ni rupanya ada banyak benda yang sangat kompleks bagi kita.
Hebat sungguh pencipta kita ~

Selain belajar medik yang selalu buat saya ternganga tentang kehebatan ciptaan manusia, baca buku bukan manusia ni pun kadang-kala boleh buat saya menganga kali kedua juga. Patutlah manusia tu istimewa. Subhanallah~

Last but not least, saya suka Stephanie Meyer~~!

5 bintang! =D


p/s: 
harap-harap sangat movie Breaking Dawn tidak akan mengecewakan saya sepertimana movie My Sister's Keeper yang hampir buat saya baling komputer masuk almari. Lari jauh dari cerita sebenar. Tidak seronok. Patah hati. Buku lagi best dari tengok tv.

Sunday, November 6, 2011

Cuti Seminggu



Cuti seminggu memang sangat best andai diisi dengan membaca buku-buku kesukaan, buku yang dihadiahkan oleh orang dan buku yang kita banyak beli di kedai-kedai buku.

Saya juga seperti Ainul. Banyak sangat dah koleksi buku ni. Tak masuk lagi berpuluh2 buku yang lain yang berjaya di download dan disimpan dalam Kindle





Kita tunggu dan lihat bagaimana cuti ni. Tak boleh nak target tinggi sangat. Habis cuti je terus kena berhadapan peperiksaan MCQ internal medicine. Sengaja amik gamba sekali dengan buku-buku perubatan Davidson saya. Jeles lagi dengan Ainul. Boleh dia baca buku banyak-banyak cuti ni. Sudah lah cuti dua minggu lebih (maka ainul, jangan lupa updet2 sini. aci la kan? :D)

Sasaran sebelum habis tahun ini adalah menamatkan pembacaan untuk sembilan buah buku. (Sejak Jun yang lalu, saya menyasarkan untuk membaca 20 buah buku sehingga akhir tahun. Sekarang saya sudah berada dalam buku ke 12 :) )

Cerita Kindle nanti-nanti saya kongsikan. Tentang Room pun saya belum tulis lagi. Hu hu

Saya sebenarnya cemburu dengan Ainul, sebab dekat Jordan ada kedai buku yang marvellous macam tu.


Nota bawah sekali 

 Salam menyambut Eidul Adha buat pembaca yang singgah di sini dari Ainul dan Fathiyyah :)



Wednesday, November 2, 2011

Need a marvellous bookshop in Amman?


Assalamualaikum.
Salam Rabu semua~

Kali ini entry simple.

Sekadar mahu memperkenalkan Kedai Buku Readers - bookshop favourite saya di Jordan.



Terletak di dalam Cozmo Mall, Amman, Readers Bookshop bagi saya agak berbeza dengan kedai-kedai buku yang lain di Jordan seperti Virgin, City Mall atau Prime Bookstore, Baraka Mall ataupun Megastore, Mecca Mall.


 11 Reasons Why I Love Readers :

1. Sangat menyerupai perpustakaan
(tak campur barang lain kecuali buku dan barang berkaitan)

2. Decoration Dinding penuh dengan galakan membaca

3. Children Area - children-friendly surrounding
 (centre dia luas untuk kanak-kanak main  sambil membaca)
4. Sangat cozy.
Lagu-lagu dia pasang pun tak memeningkan untuk dengar sambil membaca
5. Division yang sangat tersusun

Kalau malas cari pun, boleh rujuk kaunter. Diaorang tolong carikan terus dan ambilkan sekali. Bagus kan?

Plus, English Section : Arab Section = 3 : 1 macamnya.. 

6. Ada tempat duduk formal lagi dengan meja untuk membaca


nak lagi santai?
7. Ada kusyen disediakan untuk melepak sambil baca

tapi saya lagi suka begini..
8. My private place~

Tenang. Lapang. Senang


9. Duduklah baca sampai habis sebuku pun diaorang tak kisah.

Isnin lepas, saya habis baca buku ini di sana. Takyah beli dah. 

10. Tapi kalau beli, satu buku dapat satu penanda free.
Banyak buku? Lagi lah banyak free~

 11. Foreigner spot

Saya terperasan kebanyakan yang datang sini mostly Arab speaking English dan foreigner. .


Dan ada antara mereka yang saya sempat b'kenalan dan berkawan. Menarik~


Doesn't this place feel like home?
 or at least macam kedai buku dekat Malaysia? )


=D

Sebab itu setiap kali rasa macam perlukan satu tempat untuk melepas perasaan atau sendirian, ruangan private tadi adalah tempat yang terbaik untuk menenggelamkan diri sendiri. Anehnya, petugas-petugas situ macam tahu pulak. Tak pernah saya dikacau sepanjang duduk di situ. Memang sangat best lah!

Saya kurang pasti kenapa Malaysian jarang ke Readers. Mungkin sebab dia terletak di Cozmo Mall yang jarang orang datang. Iyelah, dia takde lah se-grand City Mall. Dah la takde surau dan food court best macam Mecca Mall. Apatah lagi mempunyai cinema macam Baraka Mall. Kalah habislah~

Tapi bagi saya, setiap kali datang Amman, Cozmo Mall wajib pergi. Readers di Hati.  =D

Oh ya, Readers sebenarnya ada banyak promotion. Tapi dia bergantung ikut hari. Saya lupa pulak hari apa. Sebab saya prefer pakai kad sahaja. Susahlah nak datang ikut hari. Tapi kalau ada Card Cozmo, time birthday ada diskaun sampai 15-20%. Wow2. Kadang-kadang diaorang ada buat program 'bertemu penulis' lagi. Cool~

Satu lagi, antara motto terbesar Readers Bookshop Amman adalah


Nak baca testimonial orang lain tentang Readers ? ----> Another review of Readers

Ok, Cukup setakat ini promosi saya. 

Kepada semua kaki buku di Jordan, jemput singgah tengok-tengok. Insyallah mesti puas hati.....
Cara nak pergi :
1. Naik teksi - kasitau nak ke Cozmo Mall (setakat ni semua driver tahu Cozmo Mall kat mana)
2. Bila dah sampai Cozmo Mall kalau lalu pintu utama dia, kena masuk dalam-dalam sikit mall tu. Dia sebelah area perfume shop.
3. Kalau lalu masuk ikut parking lot, betul2 sebelah pintu masuk
4. Kalau tak jumpa, cara terakhir : tanya je pekerja Cozmo Mall. Semua tahu. Insyallah~

- COPY & PASTE from Auriss Haira : 11 reasons why I Love Readers Bookshop, Amman
 

Template by Blogger Candy