“Maha Suci Engkau Ya Allah, yang telah menciptakan perasaan.
Maha Suci Engkau yang telah menciptakan ada dan tiada.
Hidup ini adalah penghambaan.
Tarian penghambaan yang sempurna.
Tak ada milik dan pemilik selain Engkau.
Tak ada punya dan mempunyai selain Engkau.
Tetapi mengapa Kau harus menciptakan perasaan?
Mengapa Kau harus memasukkan bongkah yang disebut dengan "perasaan" itu pada mahkluk ciptaanMu? Perasaan kehilangan...perasaan memiliki...perasaan mencintai...
Kami tak melihat, Kau berikan mata;
kami tak mendengar, Kau berikan telinga;
Kami tak bergerak, Kau berikan kaki.
Kau berikan berpuluh-puluh nikmat lainnya.
Jelas sekali, semua itu berguna!
Tetapi mengapa Kau harus menciptakan bongkah itu?
Mengapa Kau letakkan bongkah perasaan yang seringkali menjadi pengkhianat sejati dalam tubuh kami.
Mengapa? ”
[Hafalan Solat Delisa]
Alhamdulillah...
Selepas lama tertangguh, maghrib ini Allah lorongkan juga diri untuk kembali menghabiskan 'Hafalan Solat Delisa". Tak sangka dari sini ada beberapa jawapan yang sedang di cari telah saya jumpai. Malah tak sangka juga bila habis membaca buku ini, muka terasa panas - jadi malu dengan diri sendiri.
Kenapa?
Semua kerana Delisa!
Watak utama yang saya sangka sekadar berusia 5 tahun dan kebudak-kebudakan (yang mana tentulah berbeza dengan saya yang sudah 17 tahun lebih ke depan) rupa-rupanya adalah imbasan diri saya sendiri~ *Aduh, malu!*
Memang secara literal Delisa bukan saya dan saya bukan Delisa.
Tapi kalau dilihat dari pencarian diri dalamannya - Ya, kami adalah manusia yang serupa.
Delisa kehilangan ahli keluarganya (yang tinggal hanya satu)
Saya juga baru kehilangan ahli keluarga (yang pergi hanya satu)
Makanya kami berdua selalu terdetik alangkah indah kalau yang pergi itu masih ada...
Delisa selalu mengadu susah menghafal bacaan solatnya
Saya juga kadang-kala selalu mengadu susah menghafal pelajaran
Makanya kami berdua selalu tertanya-tanya apa sebenarnya punca semua ini sukar...
Delisa bersemangat untuk solat bila ada kalung, coklat, dan pelbagai janji yang dihulurkan
Saya juga bersemangat untuk berkerja bila ada habuan atau misi yang saya impikan
Makanya kami berdua kadang sering terlupa niat utama dan lebih mementingkan dunia
Delisa rasa tertekan bila hanya Ummi Umam yang ditemui, bukan uminya
Saya juga pernah rasa tertekan bila ada rakan yang memperoleh benda yang saya sangat inginkan
Makanya kami berdua selalu jadi ter-'benci' kerana harapan hanya tinggal angan-angan..
Delisa selalu teringin mahu solat sesempurna mungkin seperti yang lain
Saya juga selalu mengimpikan kekhusyukan yang terbaik walaupun sangat sukar
Makanya kami berdua selalu merungut mengingatkan susahnya untuk solat sempurna..
Delisa tidak suka perkataan 'pergi' kerana rasanya seperti bakal keseorangan
Saya juga kurang sukakan perpisahan walaupun itu satu kemestian
Makanya kami berdua pernah terdetik kenapalah bumi ini diciptakan terlalu luas jaraknya
Terlalu banyak rasanya persamaan ini antara saya dan Delisa sampai kadang-kadang terasa apakah sebenarnya Delisa itu imbasan diri saya? Kalau benar, ya tuhan masih di tahap kanak-kanak rupanya saya ini. Ingatkan sudah cecah usia 20-an ini maknanya sudah cukup dewasa serba-serbi rupanya banyak lagi yang saya masih belum 'habis tumbesarannya'
Tapi dalam keadaan terkejut kerana kami seakan sama, saya dihumban lagi dengan kenyataan lain bahawa diri Delisa yang kanak-kanak itu jauh lebih baik dan lebih cantik dari diri saya yang luarannya sudah meningkat dewasa.
Delisa yang kanak-kanak...
Mungkin tidak memahami peritnya kehilangan, tapi dia berjaya menerima kehilangan dengan sederhana
Delisa yang kanak-kanak...
Mungkin belum mampu menghafal bacaan solat, tapi keinginan solatnya terlampau kuat menyengat ke akar umbi
Delisa yang kanak-kanak...
Mungkin berusaha kerana hadiah, tapi makin lama hadiah itu makin hilang dari benaknya
Delisa yang kanak-kanak...
Mungkin bergaduh itu biasa, tapi dalam dunianya pergaduhan sekadar manja dan tiada dendam padanya
Wallahi~
Atas ini lah saya rasakan buku ini agak berbeza. Delisa bukan watak anak solehah yang sangat sempurna serba-serbi. Delisa adalah anak biasa yang sedang membesar. Yang banyak kerenah. Yang banyak masalah. Yang memeningkan tetapi selalu menggembirakan orang sekeliling. Yang sedang cuba untuk memahami selok-belok kehidupan. Yang selalu becok bertanya itu-ini dan sentiasa tidak putus asa untuk melaksanakan impiannya. Yang selalu mencari jawapan. Tidak ubah macam diri saya sendiri...
Kenapa susah sangat Delisa nak hafal bacaan solat?
Kenapa Kak Fatimah, Kak Aisyah, Kak Zahra tinggal Delisa seorangan di sini?
Kenapa Umi dan Ibu Guru Nur tak benarkan Delisa ke sana?
Kenapa Umi menangis bila Delisa kata Delisa cinta Umi kerana Allah?
Kenapa Sister Sofi harus kembali?
Kenapa hanya Umam yang jahat itu Umminya yang mereka temui?
Kenapa Delisa hanya dibenar jadi 'keeper'?
Kenapa Om Salam menangis bila memeluk Delisa?
Kenapa dibilang Delisa mempunyai lebih ramai teman dibandingkan seluruh dunia dan isinya ?
Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Semua jawapanya ada di dalam 'Hafalan Solat Delisa'...........~
Sebab saya jadi teringat
Bila saya pernah tanya 'kenapa hidup di dunia ni sukar?'
Saya tahu sebab Allah nak uji kita,
Saya tahu sebab Allah nak naikkan darjat kita,
Saya tahu sebab Allah nak tengok tahap taqwa kita,
Tapi itu semua bahagian Allah
Bahagian kita macam mana?
Cukupkah sekadar sabar?
Cukupkah sekadar redha?
Apa sebenarnya yang Allah mahu?
..... Seketika Delisa ingat
..... Seketika Delisa faham
..... Seketika Delisa menyedarinya
..... Ya Allah. apa yang telah ia lakukan selama ini. [page 289]
Apa yang Delisa jumpa? ---->
Ini
Satu lagi kecantikan buku ini adalah apabila ia menceritakan keajaiban alam yang berlaku apabila solat sedang dilaksanakan. Subnallah sangat cantik penceritaannya sampai terus terasa mahu solat dan mahu merasakan ada sesuatu yang berlaku di kala itu. Sungguh! Itu mungkin sekadar bayangan penulis dan imaginasi pembaca, tapi Allah itu kan maha kuasa. Siapa tahu mungkin di sebalik itu sebenarnya ada sesatu yang lebih hebat, lebih besar dan lebih mengagumkan dan tidak tercapai di akal manusia.~ *kagum*
saranan saya:
Buku ini sesuai untuk dihadiahkan kepada-
1) kanak-kanak yang nak dididik untuk solat
2) orang-orang yang kehilangan orang terdekat
3) orang-orang yang selalu berat nak solat
4) orang-orang yang selalu rasa kenapalahhhh dunia ni menyusahkan dan sukar
5) orang-orang yang mencari jawapan
6) orang-orang yang mahukan peringatan
p/s:
Awal-awal baca, saya rasa buku ini buku biasa. Tapi bila baru-baru ini saya tersentak dengan beberapa benda, yang mana tiba-tiba ada pulak sikit jawapannya di sini, maka sebab itu saya rasakan buku ini sangat bagus untuk dibaca. Bukan hiperbola. Cuma ini adalah sekadar pandangan saya yang sedang bertemu persoalan. =)
-Harap-harap nanti movienya tidak terlalu mengecewakan~ ^^,